3 Rahsia Kulit Cantik & Gebu Uqasha Senrose

 

Dari awal kemunculan di dalam industri seni tanah air, Uqasha Senrose menjadi perhatian dek kerana kejelitaanya. Namun sejak kes buka tudung, namanya sentiasa menjadi buah mulut orang ramai.

Orangnya memang cantik dan manis. Berkulit putih, gebu dan memiliki kulit cantik. Mesti ramai nak tahu rahsia kulit cantik Uqasha Senrose.

1. Minum air kosong 3 liter sehari
“Bagi diri saya sendiri, saya minum air kosong yang cukup pasti menjadi kewajipan setiap hari. Amalan saya ini menjadikan kulit saya sentiasa lembab dan tiada masalah kulit atau rambut kering.”

2. Makan epal hijau & pisang setiap hari
“Nak kulit cantik kena amalkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran. Setiap hari saya pasti makan epal hijau dan pisang. Bukan sahaja baik untuk kesihatan kulit malah ia menjadikan saya sentiasa bertenaga sepanjang hari.”

3. Gunakan pembersih wajah yang sesuai
“Paling penting, saya akan pastikan untuk membersihkan wajah setiap hari dengan menggunakan pembersih wajah yang sesuai. Itu antara rahsia untuk kulit wajah mulus dan bersih.”