“Siapa Yang Teman Saya Ke Tandas Tadi?” Pengalaman Sewaktu Di Hutan



Biasanya kalau kita tengok cerita hantu, mesti ada part di mana hantu tu menyerupai kawan korang, tapi  dia senyap je tak berbunyi. Itulah yang terjadi kepada Salbiah masa dia bercuti kat Pangkor. Sepanjang kat sana, Salbiah sebilik dengan seorang anggota polis bernama Aina.

Pada malam tu, tiba-tiba Salbiah ni rasa nak buang hajat yang terpendam. Tapi rasa takut pulak nak pergi toilet yang jauhnya lebih kurang 20 meter. Jadi dia pun terpaksa kejutkan dan minta Aina teman dia ke toilet.

Sampai je ke toilet, tanpa buang masa Salbiah pun cepat-cepat baca apa yang patut dan buang hajat yang terpendam tu. Tiba-tiba….

    “PRAAANNGGGGGGGG! Kilat petir sabung menyabung. Belum sempat saya keluar, Aina dah lari dulu tinggalkan saya. Rasa macam nak pitam! Kaki macam ada batu kat dalam. Dengan segala kudrat yang ada saya menapak sambil menjerit, tapi Aina berlari semakin laju.
 
Tapi bila saya masuk ke bilik, saya pelik tengok Aina bukan main berdengkur lagi dan baju tidur dan rambutnya kering seolah-olah dia tidur dari tadi, dan tak meredah hujan masa berlari tadi. Jadi, siapakah yang menemani saya ke tandas pada malam itu? Tak berani saya bertanya kerana saya tak mau tahu jawapannya. Alahualam.”