Anak Tak Mahu Makan Nasi? 'Kaburi' Mata Anak Dengan...


Pasti ramai dalam kalangan ibu bapa merasa risau jika anak-anak mereka lebih gemar makan makanan segera seperti nugget berbanding makan nasi. Makan terlampau kerap makanan segera boleh mendatangkan banyak kesan negatif kepada diri terutamanya kepada kanak-kanak.

Wanita bernama Siti Khadijah Haron ini telah berkongsi resepi mudah bagaimana hendak membuat nugget nasi secara frozen untuk anak-anak terutamanya anak-anak yang tidak gemar makan nasi.

Mari kita cuba resepi ini!

Alhamdulillah..nugget nasi frozen untuk anak-anak.. yang penting homemade..
Ilham dari ahli group mahn..tapi saya olah sikit resepinye ikut cara saya..

Bahan-bahan:
  • Nasi panas (baru masak)
  • Ayam cincang (mentah)
  • Serbuk perasa
  • Garam
Gaul-gaulkan semua bahan-bahan kat atas..lenyek-lenyekkan..lepas tu kepal-kepal..tekankan bagi leper..celup telur..salutkan dengan breadcrump..frozen kan..lepas tu boleh goreng..confirm anak-anak suka..

p/s: anak saya susah nak makan nasi.. tapi bila dia makan nugget nasi ni pun dah ok.. janji nasi..