Gambar Lelaki Dengan Empat 'Madu' Jadi Viral, Tapi Ini Kisah Disebaliknya


Bagi kaum lelaki, mungkin ada yang memasang impian untuk memiliki 4 orang isteri jika mampu berlaku adil dari pelbagai aspek.

Dan baru-baru ini, viral di media sosial gambar seorang lelaki bersama empat wanita sejak Isnin lalu mendapat pelbagai reaksi netizen.

Namun, disebalik gambar tersebut kesemua mereka sebenarnya adalah adik beradik. 'Kami bukan madu, kami adik beradik' kata Nur Anis Mohd Jais mengenai perkara itu.

Memetik laporan Harian Metro, gambar tersebut diambil di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 4 November lalu sebelum berlepas ke Makkah untuk menunaikan umrah.

Tambahnya lagi, lelaki di dalam gambar tersebut adalah adik kandungnya, Noor Azwan Mohd Jais. Nur Anis berasa terkejut apabila ramai orang menghantar mesej memberitahu gambar mereka viral di media sosial.

"Kami sepakat memakai niqab sebelum terbang menunaikan umrah, disebabkan itu ramai tidak nampak muka kami yang sebenar hingga menyangka kami bermadu,"

"Kami di sini belum ada masa untuk melihat FB, jadi ada rakan yang hantar mesej maklumkan gambar kami dikatakan bermadu, tular. Pelik bagaimana gambar ini boleh tular.

"Bagaimanapun kami tiada apa-apa kerana netizen tidak tahu cerita sebenar," katanya. Gambar dengan status ‘Manisnyee.. tag rakan lelaki anda yang mampu’ sekali gus memberi gambaran lelaki itu beristeri empat telah diambil sesuka hati sebelum diletak status sedemikian