Calon SPM Ini Minta Kebenaran Ke Tandas. Slps Keluar Tandas Calon Ini Minta ‘SESUATU’ Yg Buat Cikgu TERGAMAM!


Minggu ini bermulalah peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan hari ini sudah masuk ke hari yang ketiga.

Kisah ini yang dikongsikan oleh sebuah laman sosial Penang Kini. Mungkin melalui seorang guru.

Kejadian yang baru berlaku selepas 20 minit peperiksaan bermula pagi ini.

Semoga kita dapat pengajaran dari kisah ini.

Hari ketiga mengawas SPM 2017, Paper sejarah kertas 2. Masa: 10.00 pg hingga 12.30 tghari.

Setelah 20 minit masa berlalu, seorang calon lelaki bersongkok, air muka bersih tiba-tiba mengangkat tangan meminta kebenaran ke tandas.

Saya benarkn sambil mengiringi beliau. Sebelum itu dah perasan yang beliau macam tak keruan. Kedengaran bunyi air daripada dalam tandas.

Calon tadi keluar dan saya lihat wajah dan tangannya basah smbil tangannya memegang stokin serta kasutnya.

“Izinkan saya solat sekejap ye cikgu, saya blank…” ujarnya meminta kebenaran.

Belum pun sempat saya berkata apa-apa seraya tergamam, calon itu sudah pun mengangkat takbiratulihram.

Terkedu saya sambil memerhatikan beliau solat. Solat tanpa sejadah tetapi sujud dengan dahi menyentuh lantai simen yang amat naif itu. Allahu Akbar.

Tiba sujud di rakaat terakhir, agak lama beliau sebegitu.

Selepas memberi salam, beliau mula menangis tersedu-sedu seraya berkata :

“Cikgu… Saya blank… Tiba-tiba saya rasa otak saya kosong. Trial haritu saya dpt sejarah A+”.

Tetiba rasa keibuan saya hadir dan tanpa sedar turut sama-sama menangis sambil saya menggosok belakangnya dan memintanya beristighfar serta membaca Al Fatihah.

“In shaa Allah, Allah bantu awak. Buat yg terbaik ye” ujar saya.

Dia angguk dan bangun menuju ke dewan semula. Allahuakbar.

Semoga Allah permudahkan urusanmu duhai anak muda. Perjalanan mu masih jauh. Semoga terus istiqamah mengharapkan Allah sebagai penolong dikala kebuntuan.

Pengajaran yang saya dapat daripada beliau…

ALLAH jua lah sebaik-baik penolong. Kita terlalu kerdil, maka bersujudlah dan mintalah pada Allah. Terima kasih kerana pengalaman yg cukup bermakna ini duhai anak muda.

Admin share kerana saya rasa tak ramai anak muda skrg seperti beliau…